Buntu dengan masalah rumah tangga? nafkah? perceraian?
Kami bantu selesaikan isu Syariah anda secara sah, cepat & beretika.
Ramai dah lega – lepas sesi pertama, mereka tahu hak mereka & jalan penyelesaian terbaik.
Peguam Syarie bertauliah, 10 tahun pengalaman, lebih 700 kes selesai.
Tentang Kami - TETUAN BIBI TETUAN BIBI & ASSOCIATES
Tetuan Bibi & Associates ialah sebuah Firma Guaman Syarie yang berdedikasi untuk menyediakan khidmat nasihat dan perwakilan undang-undang Syariah yang komprehensif dan beretika.
Firma kami ditubuhkan pada awal tahun 2020 yang menawarkan perkhidmatan guaman yang berpengalaman, professional dan Amanah.
Peguam Syarie kami mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang guaman syarie dan telah membantu lebih 700 individu dalam pelbagai kes di Mahkamah Syariah.
Kami juga mempunyai kepakaran dalam Pengurusan Harta orang Islam di Malaysia iaitu Hibah, Wasiat dan Wakaf.
Firma kami berpusat di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Kami komited untuk membantu pelanggan kami dari awal prosiding sehingga ke akhir prosiding dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.
Dengan pasukan Peguam Syarie yang berpengalaman dan berpengetahuan, kami berusaha untuk memberikan penyelesaian yang praktikal dan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami memahami sensitiviti dan kepentingan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam, harta pusaka, dan urusan-urusan lain di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
PERKHIDMATAN TETUAN BIBI TETUAN BIBI
Perkhidmatan yang ditawarkan di Tetuan Bibi & Associates merangkumi semua tindakan Permohonan & Tuntutan di Mahkamah Syariah sama ada mewakili pihak Plaintif/Pemohon mahupun Defendan/Responden.
Permohonan & Tuntutan kes di Mahkamah Syariah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Sebelum Perkahwinan, Ketika Dalam Tempoh Perkahwinan, Permohonan Perceraian, Tuntutan Selepas Perceraian, Kesalahan Jenayah Syariah, Khidmat Nasihat, Penyediaan Dokumen Mahkamah Syariah dan Pelbagai.
Pra Perkahwinan Perkahwinan
Kami bantu anda urus keperluan sebelum nikah dengan sah di sisi undang-undang Syariah.
Jenis Permohonan:
Permohonan Wali Hakim / Wali Am
Wali Enggan / Engkar
Nikah Bawah Umur
Permohonan Berpoligami
Pengesahan Nikah Luar Negara
Pengesahan Nikah Poligami
Gantirugi Pertunangan
Kebenaran Bernikah bagi:
Perempuan yang bercerai tanpa eddah
Janda berhias
Ketika Perkahwinan Perkahwinan
Kami bantu urus isu dan hak perundangan semasa perkahwinan secara sah & beretika.
Jenis Permohonan & Tuntutan:
Pengesahtarafan Anak
Pengesahan Nikah
Permohonan Kebenaran Poligami
Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
Tuntutan Nafkah Isteri
Tuntutan Nafkah Anak
Tuntutan Cagaran Nafkah
Permohonan Ubah Perintah Nafkah (Anak/Isteri)
Tuntutan Mas Kahwin
Pengesahan Rujuk
Tuntutan Isteri Kembali Taat
Tuntutan Nusyuz
Ketika Perceraian Perceraian
Kami bantu anda melalui proses perceraian secara sah, tenang dan berlandaskan hukum Syariah.
Jenis Permohonan & Tuntutan:
Tuntutan Fasakh
Pengesahan Lafaz Cerai
Perceraian Secara Persetujuan Bersama
Permohonan Faraq Nikah
Khuluk / Tebus Talaq
Pengesahan Cerai Taklik
Permohonan Ila’
Permohonan Zihar
Permohonan Li’an
Permohonan Perisytiharan Pembubaran Perkahwinan
(Disebabkan Pertukaran Agama)
Selepas Perceraian Perceraian
Kami bantu lindungi hak anda & anak-anak selepas perceraian melalui saluran undang-undang yang sah.
Jenis Tuntutan & Permohonan:
Tuntutan Nafkah Eddah
Tunggakan Nafkah Isteri / Anak
Tuntutan Nafkah Anak
Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
Hak Jagaan Anak Sementara (Interim)
Tuntutan Harta Sepencarian
Tuntutan Mutaah
Permohonan Ubah Perintah:
Hak Jagaan Anak
Nafkah Anak
Perjanjian Hak Jagaan Anak
Perjanjian Nafkah Anak
Permohonan Membatalkan Perintah Nafkah Isteri / Anak
Pemecatan Penjagaan Anak
Penguatkuasaan Perintah Nafkah
Pengurusan Harta Harta
Kami bantu anda uruskan harta pusaka dan perancangan harta secara sah & mengelakkan konflik keluarga dengan cepat, jelas & beretika.
Jenis Permohonan & Pengesahan:
Pengesahan Hibah
Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut
Pengesahan Wasiat
Permohonan Waqaf
Tuntutan Faraid / Akuan Pusaka
Perubahan Perintah Harta Pusaka
Perlantikan Pentadbir Harta
Permohonan Penjelasan / Penyelesaian Hutang Si Mati
Kesalahan Jenayah Jenayah Syariah
Kami faham situasi ini sensitif. Kami sedia membantu anda hadapi tuduhan jenayah Syariah dengan bimbingan undang-undang yang sah & beretika. Segala urusan adalah sulit & dijaga dengan penuh etika guaman
Antara Jenis Kesalahan Yang Dikendalikan:
Khalwat
Persetubuhan Luar Nikah
Persediaan Bersetubuh Luar Nikah
Hamil Luar Nikah
Mengajar Agama Tanpa Tauliah
Berjudi
Meminum Minuman Memabukkan
Mengingkari Perintah Mahkamah
Sumbang Mahram
Hubungan Jenis Sesama Jantina
Persetubuhan Bertentangan Dengan Hukum Tabi’i
Memujuk Lari Perempuan Bersuami
Menghasut Suami Isteri Supaya Bercerai
Menghina Agama Islam
Penghinaan Mahkamah
Kes Subahat (Bersubahat dalam kesalahan)
Pelbagai Permohonan Permohonan Lain
Kami turut kendalikan pelbagai urusan dan permohonan khusus di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Antara Permohonan Yang Dikendalikan:
Tegahan / Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
Tegahan / Injunksi Terhadap Gangguan
Pengesahan Nazar
Permohonan Penjaga Diri, Harta atau Anak Yatim
Pembekuan Transaksi Harta
Perlaksanaan Perintah Mahkamah
Perintah Menghina Mahkamah
Permohonan Terhadap Penghutang Penghakiman
Perintah Interim & Permohonan Interlokutori
Permohonan Keluar Islam
Pengesahan Sabitan Nasab / Ahli Waris
Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
Permohonan Sabitan Nusyuz
Tuntutan Hak Tempat Tinggal
Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
Permohonan Menangguhkan Perlaksanaan Perintah
Permohonan Menghidupkan Semula Kes
Permohonan Anggapan Mati
Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Belum Dewasa
Penyediaan Dokumen Dokumen & Khidmat Nasihat
Kami sedia membantu anda menyediakan dokumen rasmi Mahkamah Syariah serta memberikan panduan undang-undang yang jelas dan diyakini.
Perkhidmatan Kami Termasuk:
Penyediaan Dokumen Mahkamah Syariah
Penyediaan Saman & Pernyataan Tuntutan
Permohonan Rasmi & Afidavit Sokongan
Surat-surat sokongan berkaitan prosiding Syariah
💬 Khidmat Nasihat Perundangan:
Berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang Syariah
Solusi yang praktikal, sah & bersesuaian dengan situasi anda
Kami bantu anda buat keputusan yang tenang dan tepat dalam setiap kes
Kelebihan Memilih TETUAN BIBI TETUAN BIBI
• Kepakaran Khusus
Pasukan kami terdiri daripada Peguam Syarie yang berkelayakan dan berpengalaman dalam pelbagai aspek undang-undang Islam.
• Pendekatan Peribadi
Kami memahami bahawa setiap kes adalah unik dan memerlukan perhatian yang teliti dan penyelesaian yang disesuaikan.
• Integriti dan Etika
Kami beroperasi dengan standard etika yang tertinggi dan komitmen yang teguh terhadap prinsip-prinsip Islam.
• Komunikasi yang Jelas
Kami memastikan pelanggan kami sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan kes mereka dalam bahasa yang mudah difahami.
• Penyelesaian yang Berkesan
Kami berusaha untuk mencapai hasil yang terbaik untuk pelanggan kami melalui strategi undang-undang yang bijak dan berkesan.
Area Cover Cover
Dapatkan Bantuan Segera
Kami sedia membantu anda dengan keperluan undang-undang Syariah anda. Sila hubungi kami untuk sesi perundingan awal.
Hubungi Kami
Tetuan Bibi & Associates © Hakcipta Terpelihara